
Profil
Pada 2001, Niigaki menyertai Morning Musume sebagai generasi kelima bersama-sama Takahashi Ai, Konno Asami dan Ogawa Makoto. Penerbit Morning Musume, Tsunku berkata dia memilih Niigaki kerana dia menonjol semasa rakaman studio akhir untuk lagu ujibakat yang semua finalis perlu nyanyi.
Penghujung bulan September, Niigaki diletakkan di dalam kumpulan Tanpopo sebagai generasi ketiga, bersama-sama Asami Konno dan dapat mengeluarkan dua singles sebelum menjadi tidak aktif.
Niigaki, bersama-sama anggota Morning Musume yang lain, juga berlakon di dalam drama yang bertajuk Angel Hearts yang ditayangkan pada 2002.
Pada 2003, dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.
Pada awal tahun 2007, Niigaki telah dipilih untuk menjadi ahli Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai (モーニング娘。誕生10年記念隊, Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai) bersama-sama dengan Iida Kaori, Abe Natsumi, Goto Maki dan Kusumi Koharu – unit ini ditubuhkan untuk menyambut ulangtahun ke-10 Morning Musume. Single pertama mereka adalah Bokura ga Ikiru My Asia (僕らが生きるMy Asia, Bokura ga Ikiru My Asia) yang dikeluarkan pada Januari 24,2007.
Pada 1 Jun 2007, Fujimoto Miki telah berundur dari Morning Musume. Takahashi Ai telah menggantikan Fujimoto sebagai ketua, sementara Niigaki Risa mengambil tempat Takahashi Ai sebagai naib ketua.
Setelah pengumuman Nozomi Tsuji, Niigaki menggantikannya suara Athena dari anime Robby & Kerobby dan kumpulan Athena & Robikerottsu yang singlenya,勝利のBIG WAVE!!! (Shouri no BIG WAVE!!!) akan berada dipasaran jepun pada 14-11-2007.
Fakta Menarik
• Kawan baik dalam Morning Musume adalah Kamei Eri dan Takahashi Ai.
• Nama gelaran “gaki-san” telah diberi kepadanya oleh Takashi Okamura (ninety-nine) dalam rancangan mereka Mecha-Mecha Iketeru!. Gelaran tersebut bermakna ‘kebudak-budakkan’ dan sejak itu gelaran itu semakin popular. Hanya Goto Maki memanggilnya “Nii Nii”
• Dia sedang mempelajari Bahasa Korea kerana kegemarannye menonton drama Korea.
• Ahli Morning Musume yang dihormatinya adalah Natsumi Abe.
- Nama: Niigaki Risa (新垣里沙, Niigaki Risa)
- Nama panggilan: Gaki-san, Omame-chan
- Tarikh lahir: 20 Oktober 1988
- Tempat lahir: Kagoshima, Jepun
- Tinggi: 154 cm
- Hobi: Electone
- Makanan Kegemaran: Monjayaki
- Warna Kegemaran: Biru muda, pink
- Keistimewaan: “Mayuge beam” (skil alis mata sendiri/laser kening), “Niigaki Wave”, “Niigaki Robot Dance”
- Kumpulan Hello! Project
Morning Musume (2001-)
Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai (2007-)
Athena & Robikerottsu (2007-)
Photobooks (Buku Foto)
| # |
Tajuk |
Tarikh Dikeluarkan |
ISBN |
Informasi |
| - |
5 – Morning Musume 5 Ki Generation Member Shashinshū
(5 モーニング娘。5期メンバー写真集!, 5 – Morning Musume 5 Ki Generation Member Shashinshū
?) |
2002-08-16 |
ISBN 4-8470-2721-3 |
Photobook bersama ahli generasi kelima yang lain |
| 1 |
Niigaki Risa (1stソロ写真集「新垣里沙」, Niigaki Risa?) |
2004-10-07 |
ISBN 4-8470-2827-9 |
Photobook solo pertama |
| 2 |
Ama Natsu (2ndソロ写真集「あま夏」, Ama Natsu?) |
2006-06-25 |
ISBN 4-8470-2941-0 |
Photobook solo kedua |
| 3 |
Isshun (3rdソロ写真集「一瞬」, Isshun?) |
2007-05-27 |
ISBN 4-8470-4013-9 |
Photobook solo ketiga |